Friday, August 12, 2016

ehem!

assalamulaikum pembaca, jauh perjalanan luas pandangan. plus minus dah nak dekat 5 tahun aku tinggalkan blog ni. mesti korang tertanya tanya kenapa aku kembali menulis.Dalam 5 tahun ni banyak benda yang berlaku sekelip mata. tanpa aku sedari umur aku makin meningkat dan makin mencapai umur untuk membuat keputusan sendiri orang cakap.banyak benda yg ingin aku kongsikan tapi sayangnya aku sebenarnya bukan seorang yang suka menulis. nak disambungkan cerita, habis je zaman persekolahan aku.aku ditawarkan untuk sambung belajar di sebuah kolej matrikulasi teknikal kedah. byk benda yang aku belajar di sana. tapi serious aku cakap belajar dekat matrik senang gila. tanpa ulang kaji boleh dapat dekan tiap sem. serious aku cakap. itu pun kalau kau mmg focus dalam kelas 100%. tapi semua tu berlalu dengan sekejap je. setahun aku di pendang. aku dapat ramai kawan kedah. org kedah ni mmg sempoi sempoi. gentle aku cakap. aku belajar tradisi sana. cara berkawan , tapi orang kedah ni friendly serious! tapi syg kat sana lah aku mula start ketagih bermain dota. sebab aku ramai kawan yg main dota. sikit je kisah kalau aku nak cerita pasal matrik ni. nak simpulkan kat sini, mana yg nak belajar sambung matrik sebenarnya boleh. tapi better kau ready fizikal mental kau lah. sebab kau belajar macam zaman sekolah. pack!

Friday, September 16, 2011

assalamualaikum , pembuka bicara

16 sept inilah tarikh untuk tahun ni aku membuka blog aku . semua post yang lepas sudah aku buang . bosan juga eh blog ni . sebenarnya aku tercaricari apa fungsi blog ni . kadang kadang macam membuang masa . tapi banyak juga faedah nya . nanti lah aku fikirfikirkan . blog ni sudah lama aku tinggal kan .selepas tamat pmr tahun lepas lansung aku tidak membuka nya . tapi aku tengok kawankawan aku mula bermain blog .


hah ! baru aku teringat akan sekolah baru aku .
aku sudah berpindah di sekolah menengah teknik gombak . ya tak ya juga . ramai kwan baru yang aku dapat . banyak kawan mesti banyak ragam .

banyak pengalaman aku timba di sini . bukan semua orang boleh dipercayai di sini . separuh boleh dipercayai(muka dia jelah) tapi belakang macam sial .


aku nak kenal kan kawan kawan aku dekat sana yang aku muka rapat. dia orang ni jiwa kl sikit .maklum lahh aku orang kampung ja . mana pulak tu kkb ja . kuala kubu bharu . orang yang aku paling rapat adalah syazwan salihin , orang panggl dia wann . dia nie mmg banyak kawan .senang cerita dia nie hot lahh . pergi ja manamana ada ja kawan . dia ni lain sedikit pandai berjaga mulut manis suka berkawan banyak lagi lah . dia ni minaat dekat hanisah . hanisah nie budak kelas aku jugak tetapi kecik ja orang nya .muka dia boleh tahan lahh . tapi bagi wann dia ni cantik GILA .

lupa pulak , aku dapat masuk dalam blok dinamik dekat asrama. dekat asrama ada 7 block termasuk blog aku . blok aku ni kira blog paling terpandai lah . yang aku tak boleh blah tu . blok perempuan sebelah blok kita orang . dalam setiap blok ada 8 dorm . aku dapat dorm dinamik 3 . dalam setiap dorm ada 12 ahli . 6 senior , 6 junior . aku dapat jr yang baik baik . massuk masuk ja dah dapat nama gelaran . aku di panggil bob kerana badan ku . rakan dorm aku ialah kecik akim botak gg apiz , sr pulak pie gege , aj , faiz dengan akil and last sekali anas .


ok lah , duduk asrama kadangkadang lagi best dari duduk rumah . and kadang kadang duduk rumah best dari rumah . nanti aku sambung part yang kedua . bye